Site Loader

 

1.     
Diskusi

 

Persoalan
utama, mengapa sangat ditekankan mengenai jangan membuang sampah merata-rata?
Hal ini kerana, hanya dengan sampah-sarap sahaja boleh menjadi punca banjir
terjadi disebabkan sampah ini yang menghalang sistem perparitan dan longkang
untuk air mengalir dengan baik. Nah, sekali gus menjadi tempat paling efisien
untuk nyamuk Aedes berkembang biak. Demam denggi berdarah bukanlah merupakan
satu penyakit yang hanya patut dipandang ‘enteng’ sahaja. Ia boleh menjadi
teruk sehingga menyebabkan kematian. Bermula daripada demam denggi biasa dan
seterusnya menjadi teruk kepada demam denggi berdarah di mana kapilari iaitu salur
darah kecil menjadi lebih telus dan darah keluar dari saluran darah(capillary leakage). Ini yang
menyebabkan kesan fatal kepada individu dan juga maut. Kematian disebabkan
denggi ialah apabila demam denggi berdarah menjadi “dengue (haemorrhagic) shock Syndrome” atau juga dikenali sebagai sindrom
kejutan demam denggi. Ini merupakan keadaan apabila darah telah cair dan
pendarahan tidak dapat diberhentikan. Oleh yang demikian, banyak pihak yang
telah bersama-sama turun padang untuk membanteras kes demam denggi ini tidak
kira secara langsung atau tidak langsung. Antara yang terlibat termasuklah pihak
kerajaan dan swasta, hospital, dari segi pendidikan dan juga semestinya
masyarakat kita sendiri.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 Pihak kerajaan dan swasta banyak membantu
terutama sebelum, semasa dan selepas musim tengkujuh. Fasa sebelum musim
tengkujuh adalah seperti mengadakan aktitvit gotong-royong membersihkan kawasan
kediaman untuk membersihkan kawasan takungan air yang menjadi tempat pembiakan
nyamuk Aedes. Selain itu, turut
mengadakan kempen kepada masyarakat mengenai bahaya demam denggi dan bagaimana
cara untuk mencegahnya. Semasa musim tengkujuh, ia merupakan  lebih kepada proses menyelamat dan memindahkan
mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat. Proses memindah dan menyelamat
kebiasaannya melibatkan Angkatan Pertahanan Awam, St.John dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah. Ini merupakan salah
satu pencegahan awal bagi mengelakkan mangsa-mangsa banjir daripada diserang
vektor penyakit berjangkit terutama demam denggi berdarah yang disebabkan oleh
nyamuk Aedes. Selain itu, turut
membekalkan sumber makanan dan minuman yang bersih kepada mangsa-mangsa banjir.
Fasa terakhir iaitu, selepas musim tengkujuh, ini merupakan jangka waktu untuk
air banjir menjadi surut di mana ini juga bersamaan dengan akan menyebabkan meningkatnya
lebih banyak kawasan pembiakan nyamuk Aedes
kerana ia gemar membiak di kawasan air yang tidak mengalir dan juga jernih.
Untuk membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedes
ini, sekali lagi gotong-royong akan dijalankan untuk membersihkan
kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir. Selain itu, memantau kawasan yang
menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes
supaya tidak merebak ke tempat lain termasuklah melakukan fogging dan mendenda mana-mana pemilik rumah  sekiranya tempat pembiakan nyamuk Aedes ditemui.

 

Seterusnya,
peranan yang dijalankan oleh pihak hospital. Kebiasaannya, doktor yang merawat
pesakit yang mengalami wabak demam denggi akan membuat pemeriksaan lebih lanjut
bagi membuat konfirmasi samada pesakit menghidap demam denggi yang teruk
ataupun mungkin mengalami jangkitan penyakit yang lain. Justeru itu, kehadiran
para doktor di tempat-tempat yang terlibat dengan banjir sangat dialu-alukan
bagi membuat pemeriksaan awal kepada mangsa-mangsa banjir sebelum demam denggi
atau penyakit lain menjadi lebih kronik. Selain itu, menjadi tanggungjawab
doktor untuk memberikan rawatan yang sesuai kepada pesakit yang mengalami demam
denggi berdarah. Bukan itu sahaja, malah mereka turut perlu memaklumkan kepada
pihak berkuasa kesihatan mengenai keadaan pesakit yang dirawat sekiranya
pesakit menghidap demam denggi  kerana
denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya
tindakan lanjutan dapat dijalankan. Antaranya ialah, kawasan dan persekitaran
di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

 

Di
samping itu, peranan yang dijalankan dari segi pendidikan melibatkan semua
peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, kolej vokasional,
Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS)
dan semua jenis pengajian. Pihak pengajian terutama para tenaga pengajar dan
juga guru-guru perlu memainkan peranan berlipat kali ganda dalam mendidik para
pelajar serta mahasiswa-mahasiswi untuk memupuk sifat kesedaran untuk sentiasa
menjaga kebersihan. Perbuatan yang sangat senang untuk dilakukan iaitu jangan
membuang sampah merata-rata perlu dititikberatkan oleh para tenaga pengajar
kepada mereka. Kadang-kala, meskipun sudah berada dalam lingkungan umur 18
tahun ke atas, masih ramai remaja dan orang dewasa belum ada kesedaran mengenai
pentingnya untuk tidak membuang sampah merata-rata dan hanya memandang demam
denggi berdarah sebagai satu penyakit biasa sahaja dan seboleh-bolehnya tidak
ingin terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan gotong-royong membasmi
tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan
alasan sibuk bekerja dan tidak memiliki masa lapang untuk ikut serta dalam
aktiviti sebegini. Oleh yang demikian, dalam mana-mana silibus pengajian,
sekolah atau IPTA dan juga IPTS, akan ada subjek yang diajar untuk mendidik
dalam menerapkan kesedaran mengenai bahayanya nyamuk Aedes dan juga ada kempen yang dijalankan. Contohnya, dalam silibus
pengajian sekolah ada Subjek Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang sangat membantu dalam memupuk kesedaran dan sifat
kerajinan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Peringkat
IPTA dan IPTS seperti kempen Cegah Aedes
dan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu di kawasan penginapan
mahasiswa-mahasiswi. Pengetahuan yang mereka peroleh ini, akan dapat
diaplikasikan sendiri bersama-sama dengan keluarga mereka. Sekali gus dapat
bersama-sama memupuk kesedaran mengenai bahayanya wabak demam denggi ini.

 

Akhir
sekali ialah peranan dan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat kita sendiri. Masyarakat
terutama golongan ibu bapa yang memberikan didikan bermula di rumah kepada
anak-anak. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sifat
kesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal dan mengenai
bahayanya nyamuk Aedes perlu dipupuk
dalam diri anak-anak. Ini merupakan tanggungjawab yang amat perlu
dititikberatkan kepada mereka dan akan lebih dipertajamkan kefahaman mereka
mengapa pentingnya harus mengadakan gotong-royong, menjaga kebersihan
persekitaran tempat tinggal atau lebih mudah mengapa perlunya kita tidak
membuang sampah merata-rata termasuklah mengenai nyamuk Aedes oleh para pendidik di sekolah. Oleh yang demikian, ibu bapa
membantu dan mendidik anak-anak dengan cara mengajak mereka untuk bersama-sama
membersihkan kawasan tempat tinggal mereka pada waktu hujung minggu dan
menjadikan ini sebagai salah satu aktiviti mingguan bersama-sama anak-anak. Ini
turut dilihat dapat membantu dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan
sifat untuk menjaga ahli keluarga daripada terlibat dengan wabak gejala demam
denggi berdarah.

 

2.     
Konklusi

 

Terdapat
lagi banyak pihak yang terlibat dalam menghalang vektor pembawa penyakit
berjangkit ini terutama pada fasa-fasa musim tengkujuh. Namun, apa yang
dibincangkan merupakan antara pihak-pihak yang sangat memainkan peranan penting
dalam membasmi nyamuk Aedes untuk
menghalang wabak demam denggi berdarah. Kita bukan hanya meletakkan
tanggungjawab sepenuhnya kepada agensi-agensi yang besar. Namun, segalanya juga
bermula dari diri kita sendiri, dalam kalangan keluarga, dari segi pendidikan,
hospital dan juga pihak kerajaan dan swasta. Apabila kesedaran itu dipupuk
dalam diri kita sendiri, secara tidak langsung kita membantu dalam bersama-sama
mengawal wabak demam denggi berdarah ini. Dapat dilihat melalui segala tindakan
dan peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang terlibat sangat membantu dan
berjaya dalam mengurangkan kadar kes kematian yang disebabkan oleh demam denggi
berdarah ini. Namun, segala tindakan ini perlu untuk lebih dipergiatkan lagi
pada masa akan datang sekiranya berlaku masalah seperti musim tengkujuh.

 

3.     
Rujukan

 

                            
i.           
The Healthline
Editorial Team. Reviewed by Mark R. Laflamme, M.D. Dengue Hemorrhagic Fever.
December 17, 2015.

 

                          
ii.           
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50332

 

                        
iii.           
https://www.quora.com/What-are-the-differences-between-dengue-fever-and-dengue-hemorrhagic-fever

 

 

 

 

 

 

 

 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Sonya!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out